Jumaat, 7 Mei 2010

Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing

Sukan Muay Thai boleh dikatakan masih agak baru bagi warga kota. Walaupun penganjur seperti MIG Group dan Boxx Event sering menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa di sini, sambutan yang diterima daripada penonton tidak menggalakkan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan.

Tidak seperti di Negeri Serendah Sekebun Bunga, Kelantan yang menjadikan Muay Thai sebagai aktiviti riadah, masyarakat bandar belum dapat menerima sepenuhnya sukan tempur ini.

Melihat kepada kejumudan itu, Persatuan Tomoi Gombak dengan kerjasama Kem Sitkrumat Klang dan sokongan Persekutuan Muay Thai Malaysia menganjurkan Bengkel 1Malaysia Authentic Thai Kickboxing di Hotel Plaza, Kuala Lumpur.




Menurut Yang Dipertua Persatuan Tomoi Gombak, En. Azman Abdul, objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada peminat Muay Thai di Lembah Kelang.

Tidak seperti bengkel yang diadakan oleh kelab atau gim Muay Thai di ibu negara sebelum ini, bengkel kali ini boleh dianggap sebagai medan percambahan fikiran dalam kalangan pengamal Muay Thai dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini. Seramai 50 peserta dari seluruh negara hadir dalam seminar yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel Plaza.

Antara jurulatih yang terlibat dalam bengkel sehari itu ialah Ajarn Somwang Sinuan dan Kuah Theam Long dari MMATC, Ampang; Kru Rungchai dari WMC Gym, Kelana Jaya; Kru Marzuki Ismail dari KLFK, Setapak; Kru Robbana dari Kelab Raja Panah, Pelabuhan Kelang; dan Kru Raja Ahmad dari Sitkrumat, Klang.

Pihak penganjur juga beruntung kerana enam petinju terbaik Malaysia dari WMC Gym (Malaysian Tigers) turut berkongsi skill dan kepakaran mereka. Antaranya ialah finalis Contender Asia 2, Bernard Radin dan Faizal Ramli, Juara WMC Asia 2009, Ali Yaakob, Juara Kejohanan Diraja Kelantan, Izzat, petinju ranking pertama Kelantan, Kudin Raja Jerong dan Juara Muay Thai Amatur Malaysia, Ejo.

Antara kelab yang menghantar pelatihnya ke bengkel itu ialah Kelab Anak Naga Api, Gombak; Kelab Flying Cobra, Setapak, Kelab Tomoi Mailook, Senawang; Kem Sitkrumat, Klang dan Sabah Muay Thai.

Bengkel ini turut ditaja oleh Rangkaian Tani Sdn. Bhd. yang menaja kopi belut dan krim belut Syirah untuk semua peserta. Penghargaan juga kepada Fusion Excel Sdn. Bhd. yang menaja loket Quantum Pendant untuk semua jurulatih terlibat.

Yang pastinya setiap peserta mendapat pengalaman baru dan ilmu yang berguna dalam bengkel pertama anjuran persatuan ini. Pihak Persatuan Tomoi Gombak akan menjadikan bengkel seperti ini acara tahunan selain menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan.

Rabu, 7 April 2010

Bengkel 1 Malaysia Authentic Thai Kickboxing (muay thai)

Persatuan Tomoi Gombak Dan Kelab Tomoi Sitkrumat akan mengadakan Bengkel 1 Malaysia Authentic Thai Kickboxing (muay thai) pada 1 Mei 2010 bertempat di Hotel Central (berdekatan KL Sentral). Yuran pendaftaran sebanyak RM70 boleh dibayar melalui Cikgu ke akaun CIMB 16010011501521 (Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah). Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 28 April 2010. Sila pastikan sal...inan resit dibawa semasa hari pendaftaran peserta atau dihantar melalui e-mel ke greateacheraja@yahoo.co.uk. Maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu di hotline 0199241656

Kami Akan Pastikan Anda Mendapat Yang Terbaik

Isnin, 22 Mac 2010

Bard mangkon Faii Di Kejohanan Muay Thai Sunway Pyramid 21 Mac 2010

BADRUL atau nama Tomoinya Bard Mangkon Faii (Bard Naga Api) berumur 12 tahun, anak sulung tunggal dari bapa pertama yang bard tidak pernah bersua muka sejak dari kecil dgn bapanya. berminat dalam sukan tomoi sejak Januari 2010, diberikan latihan percuma tanpa dikenakan yuran atas sebab minat beliau yang mendalam terhadap sukan tomoi, Bard melihat Mohd Syakir Liam Pet menang pada perlawanan anjuran KLFK di Stadium Cheras Januari 2010 dan mula merayu kepada Encik Azman untuk membenarkan beliau menyertai kejohanan, hajat Bard dipersetujui oleh Encik Azman selaku jurulatih dan Yang DiPertua Persatuan Tomoi Gombak . Bard memulakan latihan untuk kejohanan pada awal Mac 2010 setelah Encik Boy dari Malaysian Tiger menghubungi encik Azman dan menawarkan peluang kepada peninju anak naga api menyertai kejohanan pada bulan Mac, Bard berlatih bersama teman teman sepermainanya. sehingga beliau telah bersedia menharungi perlawanan tersebut. pada hari perlawanan Bard Mangkon Faii berjuang habis habisan selama 3 pusingan demi mengejar gelaran juara. namun nasib tidak menyebelahi beliau, Bard tewas dengan kiraan mata di akhir perlawanan
Bard senyum dalam kecewa, setalh sampai di kawasan rumah Bard merayu kepada encik Azman agar diberi peluang sekali lagi untuk menebus kekalahan,

Bard pasti akan kembali di atas stage sedikit masa lagi.



Dari kiri Omar Rizal (lawan Bard) Steven Foxx (contender asia) Bard Mangkon Faii

Isnin, 8 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN TOMOI GOMBAK & KELAB TOMOI ANAK NAGA API

Tarikh : 06 March 2010
Tempat : Gelanggang/Pusat latihan Tomoi Persatuan Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api
Masa : 9:00 Pm

Pada 6 Mac 2010 yang lalu, Persatuan Tomoi Gombak telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua bertempat di Gelanggang Tomoi Anak Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Gombak, Tn. Hj. Rahim b. Kamarudin ini dihadiri oleh lebih kurang 100 tetamu. Antaranya ialah Penaung Persatuan Tomoi Gombak, Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah; Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri, Rawang, Koperal Ahmad b. Abd Hamid; Jurulatih Anak Naga Api Sungai Ramal, Kajang, En. Hairul Najib; Jurulatih Anak Naga Api Padang Balang, Sentul, En. Ahmad b. Ismail.


Persatuan Tomoi Gombak didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan dengan no. pendaftaran 06/03/2800/2008. Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, setiap persatuan berdaftar wajb mengadakan mesyuarat agung setahun sekali.


Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu, pengerusi persatuan, En. Azman b. Abdul mengingatkan ahli supaya terus memperjuangkan seni tradisi ini walaupun cabaran dan persaingan semakin banyak daripada gim Muay Thai ketika ini. Y.A.M. Ku Ess juga menarik perhatian hadirin apabila menyeru semua ahli bangkit mempertahankan ketuanan Melayu dan kedaulatan institusi beraja.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 malam selepas mesyuarat sebulat suara melantik muka-muka baru dan lama untuk memimpin persatuan. Antaranya ialah:


Yang Dipertua: Tuan Azman b. Abdul
Timbalan Yang Dipertua: En. Nordin
Setiausaha: Y.M. Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah
Bendahari: En. Ab. Razak b. Hassan
AJK:
Saiful Lizan b. Ariffin
Muhd Fakhri b. Ibrahim
Anuwar b. Alli
Hairul Najib b. Othman
Andrean b. Afendi


Penulis: Y.M Raja Ahmad Talmizi/Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak

Ahli Ahli Yang Dapat Hadir



Ajk Kecil Yang Datang Memberi Sokongan Kepada Persatuan. Tahniah Buat Mereka



Dari Jauh Datang Kerana Ingin Memajukan Tomoi Di Malaysia

Dari kiri,cikgu kacak(kelab sikrumat kelang), Najib (Pengerusi dan Jurulatih naga api Sg Ramal Kajang), Apenn (Pembantu/Setiausaha Najib), encik Ahmad (Pengerusi/Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri Rawang), Ajk dan disebelahnya ialah Tuan Hj Rahim



Kekuatan Minda,Mencari Ilham



Ahli Persatuan.Peminat,Penyokong



Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Doa Dan Sedikit Jamuan Makanan

Isnin, 1 Mac 2010

LAWATAN KELAB SITKRUMAT (Cikgu Kacak) KE KELAB TOMOI ANAK NAGA API PADA 26 FEBUARI 2010

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Cikgu Kacak Selaku Orang Paling Terhormat Dari Kelab Tomoi Sitkrumat Yang Sudi Datang Menziarahi Teman Seperjuangan Di Pusat Latihan Kelab Tomoi Anak Naga Api, Walaupun berbeza Kelab Namun Mempunyai Hati Yang Besar Untuk Menjalinkan Sillaturrahim Bersama,

blog cikgu kacak & kelab tomoi sikrumat
http://boksingkelate.blogspot.com/


Cenderahati Yang Amat Bermakna Sebagai Kenangan Dari Cikgu Kacak Dan kelab Sitkrumat Untuk Kelab Tomoi Anak Naga Api,Terima Kasih Cikgu



Cikgu Kacak Bersama Guru Dan Sebahagian Pelatih Kelab Tomoi Anak Naga Api

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Tahun 1431 Hijrah

Salam Sejahtera Buat Semua Peminat Tomoi Dan Pembaca Blog Kami Yang Beragama Islam.
Persatuan Tomoi Gombak Dan Kelab Tomoi Anak Naga Api Mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Bagi Tahun Ini 1431 Hijrah, Al Fatihah Buat Nabi Muhammad Junjungan Besar Umat Islam

Selasa, 9 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Kami Di Persatuan Tomoi Gombak Dan Kelab Tomoi Anak Naga Api Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Mereka Yang Akan Meraikan Perayaan Tersebut Pada Bulan Ini

GONG XI FA CHAI.....!!!!!!

Selasa, 2 Februari 2010

Mohd Syakir Liam Pet Champion Dari Kelab Tomoi Anak Naga Api

Persiapan Demi Persiapan







Ketibaan Y.A.M Ku Ess Idris Sebagai Pendorong Semangat



Lawan Mohd Syakir Sedang Bersiap Sedia



Mongkhun Baru Yang Dibuat Sendiri Oleh Bapa Mohd Syakir



Saat Bermanja Dengan Guru Sebelum Perlawanan



Guru Azman Dan Encik Nordin Anak Naga Api



Guru Anuar Pattani



Y.A.M Ku Ess Idris



Penyokong Anak Naga Api Dari Rawang



Lawan Mohd Syakir Dari Kelab Tomoi Fyling Cobra



Bersama Bapa Yang Juga Guru Beliau (Berbaju Merah)



Lawan Mohd Syakir Menuju Ke Pentas Perlawanan



Bersama Orang-Orang Kuat Tomoi Gombak/Anak Naga Api



Langkah Penuh Bersemangat



Tiada Gentar



Berdoa Agar Menjadi Juara



Melangkah Bersama Guru



Detik Permulaan



Mendengar Nasihat Terakhir Dari Guru



Tahap Keyakinan Yang Amat Tinggi



Nasihat Terakhir Dari Guru/Bapa



Bermula Langkah Pertama Dalam Arena Tomoi



Melihat Dunia Dari Atas Pentas Tomoi Dengan Penuh Harapan



Sekali lagi Doa Dipohon



Tarian Dan Langkah Sembah Dimulakan