Isnin, 8 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN TOMOI GOMBAK & KELAB TOMOI ANAK NAGA API

Tarikh : 06 March 2010
Tempat : Gelanggang/Pusat latihan Tomoi Persatuan Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api
Masa : 9:00 Pm

Pada 6 Mac 2010 yang lalu, Persatuan Tomoi Gombak telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua bertempat di Gelanggang Tomoi Anak Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Gombak, Tn. Hj. Rahim b. Kamarudin ini dihadiri oleh lebih kurang 100 tetamu. Antaranya ialah Penaung Persatuan Tomoi Gombak, Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah; Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri, Rawang, Koperal Ahmad b. Abd Hamid; Jurulatih Anak Naga Api Sungai Ramal, Kajang, En. Hairul Najib; Jurulatih Anak Naga Api Padang Balang, Sentul, En. Ahmad b. Ismail.


Persatuan Tomoi Gombak didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan dengan no. pendaftaran 06/03/2800/2008. Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, setiap persatuan berdaftar wajb mengadakan mesyuarat agung setahun sekali.


Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu, pengerusi persatuan, En. Azman b. Abdul mengingatkan ahli supaya terus memperjuangkan seni tradisi ini walaupun cabaran dan persaingan semakin banyak daripada gim Muay Thai ketika ini. Y.A.M. Ku Ess juga menarik perhatian hadirin apabila menyeru semua ahli bangkit mempertahankan ketuanan Melayu dan kedaulatan institusi beraja.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 malam selepas mesyuarat sebulat suara melantik muka-muka baru dan lama untuk memimpin persatuan. Antaranya ialah:


Yang Dipertua: Tuan Azman b. Abdul
Timbalan Yang Dipertua: En. Nordin
Setiausaha: Y.M. Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah
Bendahari: En. Ab. Razak b. Hassan
AJK:
Saiful Lizan b. Ariffin
Muhd Fakhri b. Ibrahim
Anuwar b. Alli
Hairul Najib b. Othman
Andrean b. Afendi


Penulis: Y.M Raja Ahmad Talmizi/Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak

Ahli Ahli Yang Dapat Hadir



Ajk Kecil Yang Datang Memberi Sokongan Kepada Persatuan. Tahniah Buat Mereka



Dari Jauh Datang Kerana Ingin Memajukan Tomoi Di Malaysia

Dari kiri,cikgu kacak(kelab sikrumat kelang), Najib (Pengerusi dan Jurulatih naga api Sg Ramal Kajang), Apenn (Pembantu/Setiausaha Najib), encik Ahmad (Pengerusi/Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri Rawang), Ajk dan disebelahnya ialah Tuan Hj Rahim



Kekuatan Minda,Mencari Ilham



Ahli Persatuan.Peminat,Penyokong



Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Doa Dan Sedikit Jamuan Makanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan