Isnin, 22 Mac 2010

Bard mangkon Faii Di Kejohanan Muay Thai Sunway Pyramid 21 Mac 2010

BADRUL atau nama Tomoinya Bard Mangkon Faii (Bard Naga Api) berumur 12 tahun, anak sulung tunggal dari bapa pertama yang bard tidak pernah bersua muka sejak dari kecil dgn bapanya. berminat dalam sukan tomoi sejak Januari 2010, diberikan latihan percuma tanpa dikenakan yuran atas sebab minat beliau yang mendalam terhadap sukan tomoi, Bard melihat Mohd Syakir Liam Pet menang pada perlawanan anjuran KLFK di Stadium Cheras Januari 2010 dan mula merayu kepada Encik Azman untuk membenarkan beliau menyertai kejohanan, hajat Bard dipersetujui oleh Encik Azman selaku jurulatih dan Yang DiPertua Persatuan Tomoi Gombak . Bard memulakan latihan untuk kejohanan pada awal Mac 2010 setelah Encik Boy dari Malaysian Tiger menghubungi encik Azman dan menawarkan peluang kepada peninju anak naga api menyertai kejohanan pada bulan Mac, Bard berlatih bersama teman teman sepermainanya. sehingga beliau telah bersedia menharungi perlawanan tersebut. pada hari perlawanan Bard Mangkon Faii berjuang habis habisan selama 3 pusingan demi mengejar gelaran juara. namun nasib tidak menyebelahi beliau, Bard tewas dengan kiraan mata di akhir perlawanan
Bard senyum dalam kecewa, setalh sampai di kawasan rumah Bard merayu kepada encik Azman agar diberi peluang sekali lagi untuk menebus kekalahan,

Bard pasti akan kembali di atas stage sedikit masa lagi.



Dari kiri Omar Rizal (lawan Bard) Steven Foxx (contender asia) Bard Mangkon Faii

Isnin, 8 Mac 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN TOMOI GOMBAK & KELAB TOMOI ANAK NAGA API

Tarikh : 06 March 2010
Tempat : Gelanggang/Pusat latihan Tomoi Persatuan Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api
Masa : 9:00 Pm

Pada 6 Mac 2010 yang lalu, Persatuan Tomoi Gombak telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua bertempat di Gelanggang Tomoi Anak Naga Api, Sri Gombak, Batu Caves.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Gombak, Tn. Hj. Rahim b. Kamarudin ini dihadiri oleh lebih kurang 100 tetamu. Antaranya ialah Penaung Persatuan Tomoi Gombak, Y.A.M. Ku Ess ibni Almarhum Sultan Idris Shah; Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri, Rawang, Koperal Ahmad b. Abd Hamid; Jurulatih Anak Naga Api Sungai Ramal, Kajang, En. Hairul Najib; Jurulatih Anak Naga Api Padang Balang, Sentul, En. Ahmad b. Ismail.


Persatuan Tomoi Gombak didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan dengan no. pendaftaran 06/03/2800/2008. Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, setiap persatuan berdaftar wajb mengadakan mesyuarat agung setahun sekali.


Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu, pengerusi persatuan, En. Azman b. Abdul mengingatkan ahli supaya terus memperjuangkan seni tradisi ini walaupun cabaran dan persaingan semakin banyak daripada gim Muay Thai ketika ini. Y.A.M. Ku Ess juga menarik perhatian hadirin apabila menyeru semua ahli bangkit mempertahankan ketuanan Melayu dan kedaulatan institusi beraja.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 malam selepas mesyuarat sebulat suara melantik muka-muka baru dan lama untuk memimpin persatuan. Antaranya ialah:


Yang Dipertua: Tuan Azman b. Abdul
Timbalan Yang Dipertua: En. Nordin
Setiausaha: Y.M. Raja Ahmad Talmizi Raja Abdullah
Bendahari: En. Ab. Razak b. Hassan
AJK:
Saiful Lizan b. Ariffin
Muhd Fakhri b. Ibrahim
Anuwar b. Alli
Hairul Najib b. Othman
Andrean b. Afendi


Penulis: Y.M Raja Ahmad Talmizi/Setiausaha Persatuan Tomoi Gombak

Ahli Ahli Yang Dapat Hadir



Ajk Kecil Yang Datang Memberi Sokongan Kepada Persatuan. Tahniah Buat Mereka



Dari Jauh Datang Kerana Ingin Memajukan Tomoi Di Malaysia

Dari kiri,cikgu kacak(kelab sikrumat kelang), Najib (Pengerusi dan Jurulatih naga api Sg Ramal Kajang), Apenn (Pembantu/Setiausaha Najib), encik Ahmad (Pengerusi/Jurulatih Anak Naga Api Tasik Puteri Rawang), Ajk dan disebelahnya ialah Tuan Hj Rahim



Kekuatan Minda,Mencari Ilham



Ahli Persatuan.Peminat,Penyokong



Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Doa Dan Sedikit Jamuan Makanan

Isnin, 1 Mac 2010

LAWATAN KELAB SITKRUMAT (Cikgu Kacak) KE KELAB TOMOI ANAK NAGA API PADA 26 FEBUARI 2010

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Kepada Cikgu Kacak Selaku Orang Paling Terhormat Dari Kelab Tomoi Sitkrumat Yang Sudi Datang Menziarahi Teman Seperjuangan Di Pusat Latihan Kelab Tomoi Anak Naga Api, Walaupun berbeza Kelab Namun Mempunyai Hati Yang Besar Untuk Menjalinkan Sillaturrahim Bersama,

blog cikgu kacak & kelab tomoi sikrumat
http://boksingkelate.blogspot.com/


Cenderahati Yang Amat Bermakna Sebagai Kenangan Dari Cikgu Kacak Dan kelab Sitkrumat Untuk Kelab Tomoi Anak Naga Api,Terima Kasih Cikgu



Cikgu Kacak Bersama Guru Dan Sebahagian Pelatih Kelab Tomoi Anak Naga Api