2009 merupakan satu titik perubahan yang besar bagi Persatuan Tomoi Gombak(Kelab Tomoi Anak Naga Api) dengan bermulanya pembinaan gelanggang latihan yang terletak tidak jauh dari tapak latihan lama. Gelanggang mula dibina pada awal tahun 2008 dan masih lagi bertapak di Pusat Ekstrem Wira Damai.
Lebih 4 tahun berlatih di tapak lama dan sudah sampai masanya untuk persatuan melakukan sesuatu yang lebih progresif dan pro-aktif. Antara faktor penting yang mendorong pembinaan gelanggang in ialah untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan untuk semua ahli .Sumbangan untuk pembikinan gelanggang ini diperolehi daripada ahli-ahli persatuan dan juga kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.
Gelanggang ini berkonsepkan tradisional dan paling penting perlu dinyatakan ia juga berkonsepkan 'mesra alam' , dikelilingi flora dan fauna yang indah dan nyaman ; berhadapan dengan batu caves yang tersergam indah dapat menjana rohani dan minda yang sihat. Bahan-bahan binaan juga agak menarik ; Struktur binaan seperti tiang , kayunya diperolehi daripada perkampungan orang asli dan atap pula menggunakan daun nipah yang disusun rapi dan kalis elemen. Ini sajalah yang membezakan gelanggang Kelab Tomoi Anak Naga Api dengan gelanggang2 lain di kawasan Wilayah Persekutuan dan juga Lembah Klang. Dengan usaha2 ini harap dapat membela keaslian Tomoi/Muay Thai agar tidak lekang dek zaman, tidak luput dek hujan.
Dengan kemahiran dan pengalaman En. Azman dan En.Ahmad ; mereka berharap dapat menarik remaja dan golongan orang muda daripada gejala sosial dan kes-kes juvenil dan sebaliknya mahu menerapkan dan membina perilaku dan jati diri yang baik, bukan sahaja golongan muda , malah , individu dari berbagai latar belakang tidak kira umur dan jantina juga dialu alukan untuk menyertai kelab kami.kepada peminat 'mountain climbing' ada juga 'boulder walls' dan 'natural rock climbing' berdekatan dengan gelanggang.

Gelanggang masih lagi dalam proses pembinaan , tunggukan update terbaru pembikinan gelanggang dalam masa yang terdekat ini..........Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan