Allahyarham Tuan Guru Azahari Telah Kembali Kerahmatullah Pada Hari Ahad 17 Januari 2010 Bersamaan 1 Safar 1431 Hijrah
ALLAHYARHAM TUAN GURU AZAHARI BIN ABDUL
Bersama anak sulungnya
Anak Kedua Allahyarham
Nama : Allahyarham Azahari Abdul Umur : 50 Tahun semasa meninggal dunia Status : Berkahwin Isteri : Puan Mashitah Binti kadir 35 Tahun Anak : 7 orang(sulung 15 thn dan yang bongsu 1 thn)
Allahyarham meminati dunia Tomoi semasa beliau berada dalam pasukan Tentera Unit 2 Jurutera di Kem Terendak Melaka dengan menyertai Kelab Tinju Tentera kemudian berhenti dari Tentera atas urusan keluarga..meneruskan minat Tomoi di Kedah Bersama Guru pertama beliau iaitu Som Wang Pan Dhi Choun dari Hadyai, Allahyarham Bang Non Asia Hebat(bang Non Pendang) Paklang Zali Pendang(paklang Zali Tomoi) dan menyertai banyak kejohanan di Malaysia dan Selatan Thailand sehingga bergelar Juara Malaysia pada Tahun 1989 dan 1990, juga berazam memecahkan pengusaan Tomoi yang di dominasi oleh negara Thailand, setelah berumahtangga Allahyarham telah bersara dan menumpukan masa pada keluarga dan masa depan dengan menjadi pemandu teksi, setelah didesak oleh adik allahyarham, Tuan Guru kembali ke arena Tomoi untuk menjadi Jurulatih, diatas jasa beliau banyak kejohanan yang dijuarai anak murid beliau, sehinggalah tertubuhnya Kelab Tomoi Wira Chaang (Sik, Kedah) dan Persatuan Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api, Allahyarham meneyerahkan semua tugas mengajar kepada adik beliau iaitu Tuan Azman Abdul dan Encik Anuwar Pattani(anak murid)bagi meneruskan perjuangan dalam Dunia Tomoi dengan berpesan berpesan 'Tomoi bukan perniagaan dan didiklah anak murid menjadi Bangsa yang berdaulat'
Keratan Akhbar Penhujung Tahun 80an Dan Awal 90an Yang Ada Dalam Simpanan Allahyarham Tuan Guru Azahari
Berseluar Hijau
Semasa Majlis Tamat Latihan 2008
Bersama Salah Seorang Anak Murid Allahyarham Tuan Guru Azahari
Penyertaan Tomoi Gombak/Kelab tomoi Anak Naga Api (Sidang Akhbar 16 Januari 2010 Dewan Badminton Cheras)
Tomoi! Tomoi! Tomoi!
Wakil Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api Mohd Syakir Liam Pet
29 Januari 2010 Mohd Syakir buat kali pertama menyertai Kejohanan Tomoi menentang peninju seusianya
Nama Penuh : Mohd Azim Syakir Bin Ahmad Umur : 12 Tahun Pengalaman Tomoi : 4 Tahun, Kelab : Kelab Tomoi Anak Naga Api Idola : Ekaphon Narathikun (Che Pol) Jurulatih : Encik Azman Tomoi Gombak/Kelab Tomoi Anak Naga Api,Ekaphon Narathikun, Encik Ahmad (Bapa)
ini adalah penyertaan terakhir Mohd syakir pada tahun 2010, Mohd Syakir akan direhatkan sehingga selesai peperiksaan UPSR akhir tahun, kemudian akan dihantar ke Thailand selama sebulan untuk menjalani latihan Khas Tomoi bagi memantapkan Seni Tomoi beliau,
Lawan Kepada Mohd Syakir
Penyertaan Yang Akan memastikan Pertarungan Sebenar
Ecik Azman Tomoi Gombak Bersama Yaya Dan Nash Ubaidillah (Nazli Vocalist Kumpulan UK'S)