Khamis, 30 Julai 2009

(Aktiviti Terkini) Projek Pembinaan Gelanggang 2009 Pt.1

2009 merupakan satu titik perubahan yang besar bagi Persatuan Tomoi Gombak(Kelab Tomoi Anak Naga Api) dengan bermulanya pembinaan gelanggang latihan yang terletak tidak jauh dari tapak latihan lama. Gelanggang mula dibina pada awal tahun 2008 dan masih lagi bertapak di Pusat Ekstrem Wira Damai. 



Lebih 4 tahun berlatih di tapak lama dan  sudah sampai masanya untuk persatuan melakukan sesuatu yang lebih progresif dan pro-aktif. Antara faktor penting yang mendorong pembinaan gelanggang in ialah untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan untuk semua ahli .Sumbangan untuk pembikinan gelanggang ini diperolehi daripada ahli-ahli persatuan dan juga kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.



 Gelanggang ini berkonsepkan tradisional dan paling penting perlu dinyatakan ia juga berkonsepkan 'mesra alam' , dikelilingi flora dan fauna yang indah dan nyaman ; berhadapan dengan batu caves yang tersergam indah dapat menjana rohani dan minda yang sihat. Bahan-bahan binaan juga agak menarik ;  Struktur binaan seperti tiang , kayunya diperolehi daripada perkampungan orang asli dan atap pula menggunakan daun nipah yang disusun rapi dan kalis elemen. Ini sajalah yang membezakan gelanggang Kelab Tomoi Anak Naga Api dengan gelanggang2 lain di kawasan Wilayah Persekutuan dan juga Lembah Klang. Dengan usaha2 ini harap dapat membela keaslian Tomoi/Muay Thai agar tidak lekang dek zaman, tidak luput dek hujan.



 Dengan kemahiran dan pengalaman En. Azman dan En.Ahmad ; mereka berharap dapat menarik  remaja dan golongan orang muda daripada gejala sosial dan kes-kes juvenil  dan sebaliknya mahu menerapkan dan membina perilaku dan jati diri yang baik, bukan sahaja golongan muda , malah , individu dari berbagai latar belakang tidak kira umur dan jantina juga dialu alukan untuk menyertai kelab kami.kepada peminat 'mountain climbing' ada juga 'boulder walls' dan 'natural rock climbing' berdekatan dengan gelanggang.




Gelanggang masih lagi dalam proses pembinaan , tunggukan update terbaru pembikinan gelanggang dalam masa yang terdekat ini..........Terima Kasih

Rabu, 29 Julai 2009

Antologi Tomoi / Tomoi Anthology




 Muay Thai, Tinju Siam atau lebih dikenali sebagai Tomoi merupakan sejenis Sukan seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat melayu di negeri Kelantan dan juga di Kedah. Tinju siam yang asalnya daripada Negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Ia dikaitkan dengan sains lapan anggota badan, termasuk penggunaan tumbukan, tendangan, lutut dan siku. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar. Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, ahli  tinju mempunyai tahap kecerdasan dan ketahan fizikal yang cukup tinggi. Nama-nama seperti Chepa Somadi, Jaafar Tok Raja Getting, Husin Bidah, Cikgu Harun Pohon Tanjung, Dollah Kuda Kayu adalah contoh-contoh antara ‘anak muay’ atau peninju Tomoi Malaysia yang digeruni lawan terutama dari Negara Thailand pada tahun 70-an.

Muay thai terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu Muay Boran (Muay Thai tradisional) dan Muay Thai moden. Muay thai yang terkenal dan banyak dipelajari sekarang adalah muay thai moden.  Muay Boran terbahagi kepada empat aliran iaitu muay thasao, muay lopbury, muay korat. Dan muay chaiya. Setiap seni pertahankan diri mempunyai adat-adat tertentu. Bagi tomoi  setiap perlawanan akan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang diikuti gerak langkah kedua-dua ‘anak muay’ sebagai pembuka tirai. Upacara ini dipanggil langkah sembah sebelum memulakan perlawanan sebagai perkenalan kepada penonton .

_____________________________________________________

Tomoi is the Malaysian name for a South-East Asian martial art known in Thailand as Muay Thai, in Cambodia as Pradal Serey, in Laos as Muay Lao and as a similar art from Myanmarknown as lethwei. Tomoi refers to siku lutut, which in Malay translates as "elbows and knees". The word tomoi derives from dhoi muay or dhee muay which is a Thai word for pugilism and fist fighting in general. It was the original term of reference for the old bare-fisted form of Muay Thai now known as Muay Boran (ancient boxing).

     It's not clear exactly where the various Indo-Chinese forms of kickboxing originated but they are known to share a common ancestry having been based on Chinese techniques with some influence from Indian martial arts.Tomoi was brought into peninsular Malaysia by the Thais and Khmers who share close cultural, historic, ethnic and linguistic links with the Malays. The ancient Funan empire, based in modern-day Cambodia and Vietnam once encompassed what are now ThailandKedahPerlis and Pahang. The kingdom of Lembah Bujang traded extensively with the Khmers which eventually led to Perlis and parts of Kedah being ruled by Angkor in the 1400s. However, it was the ethnic Thais, who have long existed side by side with the Malays, that were mostly responsible for tomoi's practice in Malaysia. After the fall of Srivijaya, virtually all of Malaysia's northern states came under Thai sovereignty until the 15th century when Melaka was founded following a Siamese attack. Trengganu had already been paying tribute to Siam during this time and they coninued trading with each other even after the state became a vassal of Melaka. Both Kedah and Trengganu were either controlled or influenced by Siam from the 1800s until power was passed to British colonists in the early 20th century.     

                                                                                                        Excerpt From Wikipidea.org





Selasa, 28 Julai 2009

(Aktiviti Lepas) Majlis Pelimau Di Padang Pinggiran Batu Caves
























Persembahan tomoi dari Kuda Merah PDRM

Tengku Shahrizal dari Kuda Merah PDRM

(Aktiviti Lepas) Majlis Perasmian Kelab 2006 Dirasmikan Oleh Adun Bt. Caves Dato' V. Jagarasah














(Aktiviti Lepas) Tomoi @ TV3 Nov 2008




Adik Mohd. Shakir Berdiri Gagah!


Briefing


Lights...Camera...Tomoi!